Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari Tahun 2022 yang telah diperakui dan diwartakan semalam, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 17 Mac depan.

Menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak, SPR menyediakan empat kaedah semakan iaitu di Portal SPR di dua pautan tertera .

Semakan juga boleh dibuat melalui Aplikasi mudah alih MySPR Semak, portal rasmi pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri dan juga di Hotline SPR di talian seperti tertera.

Daftar Pemilih Tambahan itu mengandungi nama bagi 36,408 warganegara  berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 31 Januari 2022 yang didaftarkan sebagai pemilih baharu secara automatik.

Turut disenaraikan 8,579 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 7,164 pemilih bertukar status atau kategori pengundi bagi tempoh sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini