Bursa Malaysia Derivatives Bhd memperkenalkan Sesi Dagangan Malam Selepas Waktu bermula semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Samuel Ho memaklumkan, ia merupakan lanjutan daripada waktu dagangan pasaran semasa bursa, sejajar amalan pasaran global.

Menerusinya daya saing serta tarikan produk bursa dalam kalangan pelabur tempatan dan antarabangsa dapat ditingkatkan.

Ini kerana, peserta kini boleh menjalankan urus niaga antara 9 malam dan 11.30 malam, dari Isnin hingga Khamis.

Ia sekaligus menutup jurang antara waktu dagangan pasaran tempatan dan asing. 

Dagangan Selepas Waktu bukan sahaja mewujudkan peluang perdagangan baharu, malah akan menarik lebih banyak penyertaan pelabur asing.

Ia boleh diguna sebagai alat lindung nilai dan pengurusan risiko terhadap sebarang pergerakan pasaran utama termasuk pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini