Jumlah perdagangan Malaysia pada 2021 mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak 1994 dengan merekodkan pencapaian baharu melepasi RM2 trilion.
etua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata nilai perdagangan Malaysia merekodkan pertumbuhan dua angka hampir 25 peratus kepada 2.2 trilion pada 2021 berbanding 1.8 trilion pada 2020, selepas mencatatkan pertumbuhan negatif dua tahun berturut-turut.
Semua negeri mencatatkan peningkatan jumlah dagangan yang didominasi oleh Selangor RM112.6 bilion, Pulau Pinang RM94.4 bilion dan Johor RM87.4 bilion.
Katanya dalam kenyataan hari ini, eksport Malaysia bernilai RM1.24 trilion pada 2021, meningkat 26 peratus berbanding RM983.8 bilion pada 2020.
Antara lima negeri pengeksport utama menyaksikan Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama , diikuti Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur.