Kejayaan Malaysia merekodkan jumlah dagangan  mencecah RM2 trilion buat pertama kali
dari Januari hingga November tahun ini, bukti kesan pengganda daripada usaha berterusan kerajaan dalam pemulihan ekonomi negara.

Menerusi hantaran di Facebook beliau, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kementeriannya akan terus memastikan negara kekal pada trajektori pertumbuhan yang akan memberi manfaat kepada sektor perniagaan dan pekerjaan.

Kejayaan ini juga penanda aras penting dalam pemulihan ekonomi negara, terutama ketika  berdepan situasi pandemik dan bencana banjir.

Jelas Datuk Seri Azmin, eksport akan terus ditingkatkan seiring langkah menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi dalam  teknologi serta inovasi.

Ini sekali gus mampu meletakkan Malaysia sebagai hab rantaian bekalan global.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini