Dagangan Malaysia mencecah nilai RM2 trilion buat pertama kali, dari tempoh Januari hingga November lalu.
 
Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, pada tempoh berkenaan, dagangan negara berkembang kukuh sebanyak 24.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Selaras prestasi dagangan, eksport dan import turut mencatat pertumbuhan dua angka.

Eksport tumbuh 25.7 peratus kepada RM1.1 trilion, manakala import berkembang 23.3 peratus kepada RM894.4 bilion.

Lebihan dagangan pula merekodkan jumlah RM221.5 bilion dengan pertumbuhan 36.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bagi November 2021, eksport mengekalkan pertumbuhan dua angka, empat bulan berturut-turut berjumlah RM112.2 bilion.

Peningkatan eksport antaranya didorong barangan elektrik dan elektronik, keluaran petroleum ke negara pengeluar utama seperti Amerika Syarikat dan China.

Import turut mencatat pertumbuhan dua digit sebanyak 38 peratus kepada RM93.3 bilion.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini