Snowfit Group Berhad memulakan dagangan sulung di Pasaran LEAP Bursa Malaysia dengan positif apabila dibuka 16 sen sesaham, menyaksikan 30,000 saham diniagakan.

Saham syarikat pembekal peralatan kesihatan itu mencatat premium empat sen, berbanding harga rujukan 12 sen sesaham.

Pengasas merangkap Pengarah Urusannya, Low Cheng Yong berkata, penyenaraian syarikat itu membolehkan Snowfit memperkukuh kehadirannya di pasaran domestik yang menawarkan potensi pasaran besar.

Kadar pertumbuhan tahunan kompaun bagi industri peralatan kesihatan diunjur berkembang 19.5 peratus antara 2021 dan 2023 dengan nilai pertumbuhan meningkat dari RM242.1 juta kepada RM345.6 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini