Misteri kehilangan warga emas sejak empat hari lalu terjawab, apabila mayatnya ditemui dalam semak tepi jalan di kilometer 50 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, dekat Batang Kali, Hulu Selangor, semalam.Mayat mangsa, Lim Eng Aun, 81 tahun, ditemui hampir reput dan mangsa dipercayai meninggal dunia sejak dia hilang pada 31 Ogos lalu.Difahamkan, motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas dan masuk ke dalam kawasan semak sekali gus mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini