Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 merupakan sebuah dokumen holistik yang bakal dijadikan panduan dan rujukan dalam merencana segenap pembangunan seni, budaya dan warisan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan inisiatif itu seiring menjadikan sektor tersebut sebagai pemangkin sosio-ekonomi Keluarga Malaysia.

Jelasnya, tujuh teras digariskan dalam pelan tindakan itu tersulam pembangunan modal insan secara konsisten.

Selain menerapkan pendidikan formal dan tidak formal sebagai usaha melahirkan pelapis penggiat seni, budaya dan warisan yang sedia ada.

Beliau turut mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk menjayakannya, sekaligus mengembalikan reputasi ‘Malaysia Truly Asia’ ke persada sewajarnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini