Siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah di peringkat akhir.
 
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata pihaknya sedang melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Beliau menjelaskan tarikh Exco berkenaan dipanggil untuk beri keterangan belum ditentukan.

Bagaimanapun ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, SPRM Kedah mengesahkan sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi yang dikaitkan dengan seorang Exco Kedah.