Syria dan Rusia berdepan tekanan baharu berhubung dakwaan penggunaan senjata kimia dalam pertemuan Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) di The Hague pada Isnin.

Ketua Pengarahnya, Fernando Arias berkata Damsyik gagal mengisytiharkan senjata kimianya dan membenarkan pemeriksaan dilakukan terhadap senjata itu.

Syria bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa telah menyerahkan bekalan senjatanya di bawah Perjanjian dengan Amerika Syarikat dan Rusia pada tahun 2013.

Ia susulan serangan gas sarin yang mengorbankan 1,400 nyawa di Ghouta, pinggir Damsyik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini