Pemilik akaun Twitter Edisi Siasat diminta tampil membuat laporan dan mengemukakan bukti berhubung dakwaannya mengenai perbuatan salah laku, penyelewengan dan rasuah membabitkan beberapa menteri, bekas menteri dan pegawai tertinggi badan penguatkuasa negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pemilik akaun itu perlu membuktikan dakwaan tersebut, dan tidak hanya berkongsi di laman sosial mengenainya tanpa bukti yang jelas.

Setakat ini, 13 kertas siasatan telah dibuka dan hampir kesemua individu termasuk pegawai kanan polis yang didakwa terlibat dengan salah laku oleh pemilik Twitter itu, sudah diambil keterangan. Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan dua kenderaan tempur kepada Pasukan Simpanan Persekutuan di Markas PSP Cheras, Kuala Lumpur.        

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini