Dakwaan bahawa PETRONAS merahsiakan prestasi kewangannya, adalah tidak benar.

Itu tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Meski tidak disenaraikan di Bursa Saham, syarikat itu kerap melaporkan perkembangan dan pencapaiannya kepada orang ramai, termasuk prestasi kewangan setiap suku tahun dan tahunan. 

Perkongsian maklumat tersebut dibuat menerusi pelbagai platform media.

Dokumen berkenaan juga boleh diakses, menerusi laman web PETRONAS. Beliau menjawab pertanyaan wakil Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini