Malaysia tidak boleh bertindak secara unilateral dalam usaha pencarian pesawat hilang MH370, walaupun terdapat dakwaan petunjuk baharu mengenai lokasi pesawat itu.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, sebarang misi pencarian perlu dibincangkan bersama kerajaan China dan Australia.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Malaysia Maritime Week (MMW) 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan rasmi sebelum ini menyatakan, kesediaannya untuk berkerjasama dengan  Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mendakwa terdapat petunjuk baharu dalam mengenal pasti lokasi MH370 yang hilang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini