Dalang insiden pengeboman hotel JW Marriott Jakarta pada 2003 mendakwa diseksa pengawai penyiasat Agensi Perisikan Pusat (CIA) sepanjang menjalani hukuman penjara di Guantanamo Bay.

Majid Khan, lelaki Pakistan yang juga anggota Al-Qaeda berusia 26 tahun mendedahkan perkara itu di sebuah mahkamah tentera.

Majid mendakwa, selain diseksa, pegawai terbabit turut melakukan serangan seksual di dalam sel gelap ketika proses siasatan dilakukan.

Pengakuan Majid adalah sebahagian daripada perjanjian pembebasannya selepas 19 tahun dalam tahanan Amerika Syarikat.

Perjanjian itu juga membenarkan Majid berkongsi secara terbuka apa yang berlaku kepadanya namun perkongsian tidak melibatkan maklumat sulit.

Ia juga kali pertama tahanan keganasan secara rasmi memberi keterangan mengenai layanan sepanjang tahanan di penjaran kontroversi itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini