Kejuaraan Dunia Junior GP 2022. Pelumba negara, Syarifuddin Azman melakar prestasi cemerlang selepas meraih tempat kedua berganda pada pusingan ketiga perlumbaan litar di Barcelona, Sepanyol.

Kejayaan itu sekaligus memperbaiki pencapaian beliau yang mencatat kedudukan keempat terbaik pada pusingan kedua bulan lalu. Kedua-dua perlumbaan pusingan ketiga itu dimenangi pelumba tuan rumah, Jose Antonio Rueda.

Syarifuddin yang terkenal dengan gelaran ‘Damok’ menamatkan pusingan pertama dengan catatan masa 29 minit 29.888 saat dan 29 minit 39.669 saat pada perlumbaan kedua. Bagi pelumba berusia 20 tahun itu, strategi memintas kelompok pelumba di selekoh ke-10 pada perlumbaan pertama nyata berhasil untuk meraih kedudukan podium.

Sementara itu seorang lagi pelumba negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril sekadar menamatkan perlumbaan pertama di kedudukan ke-14 dan gagal menamatkan saingan pada perlumbaan kedua. Perlumbaan pusingan keempat dijadualkan berlangsung di litar Jerez, Sepanyol pada Julai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini