Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000 dan trofi bakal dimenangi filem yang diangkat sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31), 10 Disember ini.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid berkata, ia sebagai penghargaan dan galakan kepada pembikin filem yang bertungkus lumus menghasilkan karya terbaik.

Agihan dana dibuat dengan mematuhi garis panduan ditetapkan dalam tatacara permohonan DKD sektor industri kreatif.

Mengulas lanjut, penganjur menerima 55 penyertaan filem cereka merangkumi filem Bahasa Malaysia sebanyak 32 judul, 11 filem Tamil, 8 filem Mandarin serta masing-masing dua filem Bahasa Inggeris dan bahasa Iban.

Semua filem bersaing merebut 28 kategori termasuk trofi utama, Filem Terbaik.

Antara filem yang bersaing; Pusaka, Ennaval, Geran, KL Vampires, Sangkar dan Anak Perjanjian Syaitan.

Malam kemuncak FFM31 bertemakan Citra Sinema akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) dan disiarkan secara langsung di TV2 pada jam 9 malam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini