Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempertahankan keputusan pemberian dana RM10 juta oleh kerajaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia-FAM.

Jelas beliau, peruntukan itu diberi kerana menyedari kesukaran yang dihadapi persatuan berkenaan untuk kembali pulih selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Jelas beliau disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beberapa liga akar umbi tidak dapat beroperasi sekaligus menyukarkan mereka untuk memperoleh pendapatan.
 
Dalam masa sama juga, pemberian dana kepada FAM tersebut katanya bukan penyebab kepada pemotongan elaun dan penamatan kontrak atlet sukan lain. Beliau berkata demikian, selepas merasmikan pembukaan Akademi Tunas (AT) Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) di Padang Awam Tanjung Rambutan. Penubuhan AT tersebut merupakan yang ke-54 dalam negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini