Pemain veteran Brazil, Dani Alves telah diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu Barcelona.

Pada usia 38 tahun, dia kembali semula ke kelab Catalan itu secara percuma selepas meninggalkan Sao Paolo.

Alves dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk membantu Barca sehingga hujung musim ini.

Lapan musim di Camp Nou sebelum ini, Alves telah menjaringkan 23 gol dalam 391 penampilan sebelum berhijrah ke beberapa kelab seperti Juventus, Paris Saint-Germain dan Sao Paulo.

Pemain pertahanan kanan itu perlu menunggu sehingga Januari depan sebelum dapat diturunkan.

Walaupun kelihatan sudah berada di penghujung karier, Alves yakin dia masih mampu memainkan peranan di dalam dan di luar padang untuk Barca kembali berada di tahap terbaik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini