Waris diingatkan agar membawa segera ahli keluarga yang mempunyai komorbid atau warga emas dan mempunyai gejala COVID-19, ke fasiliti kesihatan.
Ini selepas negara menyaksikan peningkatan kes kematian di luar hospital (BID).
Dengan 91% daripada 113 kes antara 5 hingga 21 Februari lalu, dikenal pasti positif COVID-19 selepas pesakit meninggal dunia.
Tinjauan Kementerian Kesihatan mendapati lebih 50 peratus waris kes BID beranggapan pesakit hanya mengalami sakit ringan dan tidak merujuk mereka ke fasiliti kesihatan.
Utama Edisi Semasa