Dasar Agro Makanan Johor akan digubal bagi membolehkan sektor itu lebih tersusun dan sistematik.
 
Ia bertujuan meningkatkan pengeluaran makanan seterusnya menambah bilangan pengusaha terlibat sektor berkenaan dalam jangka masa panjang.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, nilai keluaran dalam negara kasar (KDNK) sektor agro makanan dari Johor melonjak setiap tahun sebanyak 16.3 billion ringgit.
 
Tambahnya, Johor juga komited dalam usaha membangunkan sektor agro makanan sebagai industri mampan dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
 
Beliau berkata demikian selepas Majlis Apresiasi Penyumbang Sektor Agromakanan Negeri Johor di Johor Bahru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini