Sektor perikanan akan terus diberi penekanan dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 bagi memastikan industri tersebut terus berkembang.

Bagi tujuan tersebut, Kementerian Pertanian akan memberi tumpuan terhadap strategi-strategi termasuk kesejahteraan para nelayan, aplikasi sistem teknologi, teknik pemasaran, ruang pekerjaan yang baharu dan juga pengukuhan governans jabatan dan agensi.

Menteri Pertanian dan Indusri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata bagi memastikan strategi tersebut berjaya, keterlibatan pihak industri perlu ditahap optimum. Beliau berkata demikian dalam Majlis Sambutan Jubli Emas 50 tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, LKIM di Puchong, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini