Dasar industri pertahanan dan keselamatan negara akan dilancarkan dalam tempoh satu atau dua bulan lagi. Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertepatan dengan kerjasama yang mungkin bakal terjalin dengan Indonesia dalam bidang berkaitan.

Dasar industri pertahanan dan keselamatan negara yang sedang digubal akan menyediakan hala tuju menyeluruh dalam mengurangkan kebergantungan aset dan peralatan dari luar negara.
 
Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 yang dibentangkan Perdana Menteri
September lalu, dasar itu antara lain memberi tumpuan kepada pembangunan produk dan perkhidmatan, selain pembangunan bakat.
 
Sementara itu, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, satu perjanjian pertahanan bakal dimeterai antara Malaysia dan Indonesia dalam masa terdekat. Menerusinya, usaha sama syarikat-syarikat industri pertahanan tempatan kedua-dua negara akan dipertingkatkan.

Ia kini dalam perbincangan teliti oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatannya Prabowo Subianto.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini