Kementerian Luar menggariskan lapan pendekatan dan penekanan baharu dalam Kerangka Dasar Luar Malaysia yang disempurnakan pelancarannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri,kerangka kerja itu merangkumi dua komponen utama iaitu cabaran semasa yang perlu diberi perhatian dan ditangani segera oleh Kerajaan dan hala tuju hubungan antarabangsa Malaysia untuk jangka masa sederhana dan panjang. 

Beliau menjelaskan demikian dalam Majlis Pelancaran Kerangka Kerja Dasar Luar Negeri di Ibu Negara, hari ini.

Antara yang diberi keutamaan ialah, menggiatkan semula hubungan Malaysia dengan ekonomi global, Diplomasi Kesihatan, Ekonomi Digital, Keselamatan Siber dan Diplomasi Kebudayaan.

Turut menjadi keutamaan, Falsafah hidup bersama dalam budaya damai, Mendukung prinsip Multi-lateralisme dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Malaysia akan terus melaksanakan dasar luar yang pragmatik, bebas, berprinsip dan berkecuali berlandaskan nilai keamanan, keadilan dan kesaksamaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini