Dasar “Membandarkan Luar Bandar” akan diperkasa bagi membolehkan penduduk luar bandar menaik taraf kehidupan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara perlu diberi perhatian, ketersediaan infrastruktur lengkap termasuk jalan raya, bekalan elektrik, air dan telekomunikasi. 

Pemerkasaan dasar akan dibincangkan dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan Persekutuan akan terus komited memberi tumpuan membasmi kemiskinan bukan hanya di Sabah tetapi juga di lima negeri lain iaitu Sarawak, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah selaras Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12).

Dalam RMKe12, kerajaan Persekutuan menyasar untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini