Sejak diperkenal 40 tahun dahulu, Pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur menyaksikan Malaysia menjalin kerjasama dengan Jepun dalam pelbagai bidang khususnya dalam aspek perdagangan dan pelaburan.

Hubungan erat lebih empat dekad ini terus diperkukuh dengan meneroka kerjasama dalam bidang baharu selaras cabaran global dan situasi pandemik.

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahasni Katsuhiko berkata, Malaysia boleh memanfaatkan kepakaran dan pengalaman Jepun dalam aspek pengurusan bencana dan menangani populasi menua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini