Dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. 

Jelas Perdana  Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dasar tersebut selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) 1995 dan Akta Kanak-Kanak 2001.

Justeru, usaha bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat secara amnya sangat diperlukan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan selamat untuk kanak-kanak membina masa depan mereka.

Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskannya dalam ucapan sempena Hari Kanak-kanak Sedunia 2021 di Parlimen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini