Perlindungan terhadap data individu menjadi teras dalam pengumpulan data statistik negara. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memberi jaminan, tidak akan berlaku kebocoran data individu di bawah seliaannya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, DOSM setakat ini berjaya menjaga data individu daripada disalah gunakan. Sistem yang melindungi data individu, tidak akan mudah diakses secara tidak sah oleh mana-mana pihak.

Menyentuh mengenai laman ‘KAWASANKU’ yang baharu dibangunkan menerusi platform itu, informasi berkaitan profil demografi penduduk dari segenap aspek dipapar berdasarkan penemuan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.

Malah buat pertama kali, statistik berkaitan dewan undangan negeri dan parlimen di seluruh negara dipaparkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini