Datuk Bandar Washington Muriel Bowser mengumumkan penduduk bandar raya itu tidak lagi perlu memakai pelitup muka di dalam bangunan kecuali di sekolah-sekolah dan stesen-stesen pengangkutan awam.

Arahan terbaharu itu berkuatkuasa 22 November depan. Arahan terbaharu itu berikutan keberkesanan vaksinasi Covid-19 dalam membendung kematian dan kemasukan pesakit di hospital bandar raya tersebut.

Bagaimanapun, syarikat perniagaan dibenarkan membuat peraturan sendiri berhubung penularan Covid-19. Namun, Pelitup muka masih perlu dipakai ketika berkongsi kenderaan, mengunjungi perpustakaan, rumah penjagaan, dan beberapa jabatan kerajaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini