Datuk Iskandar Mizal Mahmood dilantik Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd, MAHB yang baharu. Pelantikan tokoh korporat dengan pengalaman lebih 32 tahun itu berkuat kuasa esok.

Datuk Iskandar pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar MAHB dari 1999 hingga 2003
dengan pelbagai portfolio termasuk kewangan, pembangunan perniagaan dan hubungan pelabur. Beliau juga mempunyai latar belakang logistik dan pos selepas berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Bhd dari 2013 hingga 2015.

Dalam usaha menjadi kumpulan lapangan terbang global yang menyokong kesalinghubungan dan kemampanan, MAHB mengalu-alukan pemimpin yang dapat menerajui syarikat dalam persekitaran inovasi yang berterusan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini