‘Saya masih lagi Presiden Persatuan Olahraga Selangor (POS) yang sah mengikut perlembagaan persatuan.’

Demikian dinyatakan Datuk S.M Muthu selepas selesai membuat laporan Polis di Ibu pejabat Polis Dang Wangi.

Jelas beliau keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) persatuan itu yang dihadiri 39 ahli baru-baru ini tidak sah dan melanggar perlembangaan.

Dalam pada itu beliau turut mempertikai wakil-wakil yang hadir dalam EGM tersebut yang menurutnya bukan wakil-wakil yang sah.

Tambah beliau, tujuan laporan dibuat bagi membolehkan pihak Polis menjalankan siasatan di atas dakwaan yang dibuat.

Ahad lalu, Persatuan Olahraga Selangor menyingkirkan Datuk SM Muthu daripada jawatan presiden persatuan itu dan menarik balik keahlian seumur hidupnya berkaitan dakwaan berlaku penyelewengan lebih RM100,000 daripada akaun simpanan tetap persatuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini