Usia bukan penghalang untuk seseorang bergaya. Itu boleh digambarkan terhadap seorang lelaki berusia 84 tahun, yang menjadi pencetus trend jalanan kini. Slvr Tetsuya menjadi ikon tersebut selepas cucunya mengubah cara dia berpakaian. Naoya Kudo dari wilayah Akita, Jepun meluangkan masa cutinya selama seminggu untuk merakam gambar datuknya, yang menyarung pelbagai fesyen jalanan. Sejak dia memuat naik gambar datuknya di instagram, pesara guru berkenaan menjadi popular dalam sekelip mata. Laman Instagram Tetsuya kini mempunyai lebih 90 ribu pengikut,.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini