Menteri Besar Datuk Saarani Mohamed mengetuai 192 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan ke-65 Sultan Perak.
 
Datuk Saarani dikurniakan Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak; yang membawa gelaran Datuk Seri.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata jumlah penerima  tahun ini agak terhad dan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi kriteria ditetapkan. 

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran bagi siri pertama melibatkan 38 penerima akan berlangsung pada 14 November ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
 
Manakala bakinya akan dianjurkan mengikut tarikh yang akan diperkenan Sultan Perak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini