Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Zii Jia bagi mendengar hasrat dan permasalah pemain berkenaan.

Turut hadir dalam perjumpaan itu, pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei yang turut dikenakan tindakan sama.

BAM sebelum ini memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia untuk mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun bermula 18 Januari 2022.

Tindakan itu dibuat selepas pemain ranking ketujuh dunia tersebut membuat keputusan meninggalkan BAM menerusi surat yang dihantar pada 11 Januari lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini