Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Datuk Wan Zahidi Wan Teh dilantik Mufti Negeri Perak yang baharu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan itu mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Tempoh pelantikan selama dua tahun itu berkuatkuasa 1 Ogos depan.

Datuk Wan Zahidi yang berasal dari Gerik, Perak ialah tokoh pemikir Islam yang telah memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Ijazah Sarjana (MA) Usul Fiqh dari Universiti Al Azhar, Mesir.

Datuk Wan Zahidi juga berpengalaman lebih 40 tahun dalam perkhidmatan awam dan bidang akademik khususnya dalam pentadbiran Islam dan pernah menjawat pelbagai jawatan penting antaranya Pakar Perunding Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Mufti Wilayah Persekutuan dan Felo Kehormat Kanan Universiti Islam Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini