DBKL akan terus memantau kawasan berisiko banjir di ibu negara demi memastikan tidak berlaku gelombang kedua banjir atau banjir kilat.

Menurut Pengarah Eksekutif Pengurusan Projeknya, Datuk Azmi Abd Hamid berkata, antara lokasi berisiko ialah Kampung Pasir, Jalan Tiong Nam dan Kampung Kasipillay.

Kesiapsiagaan tinggi di tiga kawasan ini memandangkan ia berada di kawasan rendah dan berhampiran sungai yang berpotensi berlakunya banjir kilat.

Selain itu, DBKL turut berkongsi maklumat serta amaran cuaca terkini di Kuala Lumpur menerusi hebahan pada papan maklumat elektronik dan media sosial.

Langkah ini membolehkan masyarakat membuat persediaan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini