Kebenaran lesen percuma Skim Wilayah Bebas Berniaga bakal dikaji semula Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Keperluan itu jelas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim bagi membolehkan DBKL, menyusun semula kedudukan peniaga serta aktiviti perniagaan di lokasi yang menghalang lalu lintas terutama di tepi jalan.

Diperincikan, satu mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan akan diadakan bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas selain pelaksanaan kempen naik pengangkutan awam.

Usaha untuk mengatasi kesesakan lalu lintas juga akan dijalankan secara bersepadu dengan kementerian dan pihak lain.

Skim Wilayah Bebas Berniaga diperkenal pada 15 November 2020 bagi membolehkan orang ramai di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai secara percuma, dan setakat ini ia, dilanjutkan hingga hujung bulan ini.

Datuk Seri Dr Shahidan, sebelum itu meninjau lokasi panas banjir kilat bersama beberapa ahli parlimen, antaranya, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (Lembah Pantai), Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju), P. Prabakaran (Batu) dan Lim Lip Eng (Kepong).

Beliau turut menerangkan inisiatif interim dijalankan bagi mengatasi banjir kilat, antaranya penggunaan beg pasir dan pam air.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini