10,138 permohonan diterima untuk menyewa unit Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu negara, sejak tahun 2019 hingga September lalu.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, 1,654 permohonan telah diluluskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
 
Daripada jumlah itu, 686 pemohon telah ditawarkan unit PA dan PPR, manakala 968 pemohon lagi masih menunggu tawaran unit kediaman.

Ketika menjawab pertanyaan wakil Kepong, Lim Lip Eng, beliau memaklumkan, sehingga 30 September lalu, terdapat sebuah projek perumahan awam sedang dalam pembinaan.

Manakala 14 lagi berada dalam peringkat rundingan dan perancangan untuk dibina di sekitar Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini