Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL telah mewujudkan beberapa lokasi berpusat bagi usahawan trak makanan

 atau ‘Food truck’ di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi memastikan mereka berniaga di kawasan yang lebih strategik dan sistematik.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, selain itu, dalam usaha merancakkan lagi sektor tersebut, pelbagai inisiatif telah ditawarkan termasuk bantuan deposit RM10,000  kepada usahawan baharu.

Datuk Seri Shahidan menjelaskan kepada media selepas mengadakan lawatan ke kawasan food truck, TAPAK di ibu negara malam tadi.

Sehingga September lalu, DBKL telah menyediakan 7 lokasi hot spot dan 138 lokasi pit stop di seluruh Kuala Lumpur yang memberi manfaat kepada 250 usahawa food truck untuk berniaga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini