Dewan Bahasa dan Pustaka DBP menerbitkan buku Biografi Sasterawan Negara Shahnon Ahmad: “Anak Nan Bertuah” bagi mengajak masyarakat menyelusuri dan menghargai karya   pengarang novel terkenal Ranjau Sepanjang Jalan itu.

Biografi menceritakan riwayat sasterawan negara ke-2 adalah hasil karya penulis terkenal dari Kedah yang juga sahabat baik allahyarham, Profesor Emeritus Datuk Dr Mohd Yusof Hasan.

Biografi tersebut dihasilkan dengan mengambil masa yang lama kerana memerlukan penyelidikan yang teliti tentang Shahnon Ahmad.

Di antara sasterawan negara lain yang mendapat perhatian DBP untuk penulisan biografi ialah Keris Mas, Arena Wati dan Muhammad Haji Salleh.

Pelancaran disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di daerah kelahiran Shahnon Ahmad di Sik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini