Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada masyarakat beragama Hindu di seluruh negara.

Ucapan Seri Paduka berdua dimuat naik menerusi hantaran di akaun Facebook Istana Negara.

Seri paduka baginda berdua menzahirkan harapan semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Hindu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut mengutuskan ucapan sama kepada Keluarga Malaysia yang beragama Hindu.

Beliau berharap perayaan ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan di bumi tercinta ini.

Dalam masa sama, ia dapat disambut dengan penuh kebahagiaan dalam penerapan norma baharu serta jalinan kasih sayang sebagai ahli Keluarga Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini