Sambutan perayaan Deepavali diharap menjadi pendorong semangat kepada rakyat Malaysia untuk tetap bersatu padu dan tabah mengharungi cabaran.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, Deepavali antara manifestasi keunikan masyarakat majmuk negara apabila rakyat berbilang bangsa dan agama berkongsi kemeriahannya. 

Menerusi Facebook rasminya, beliau berkata, walaupun berbeza budaya, tradisi dan adat resam, namun perbezaan itu tidak menjadi halangan untuk masyarakat hidup aman, harmoni dan bersatu padu.
 
Kini, pesta cahaya kembali menyerikan suasana apabila penganut agama Hindu dapat meraikannya dalam suasana norma baharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini