Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) telah menjangkiti 16 ladang babi komersial di Paya Mengkuang, Masjid Tanah, Melaka.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata bagi mengawal dan mencegah rebakan penyakit ASF, Jabatan Perkhidmatan Veterinar menguatkuasakan pemusnahan babi di ladang yang disahkan positif ASF.

Pemusnahan babi menggunakan kaedah gas karbon dioksida berasaskan garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan – Pengurusan Pelupusan Haiwan sebelum ditanam secara sempurna.

Sehingga 7 Januari, sejumlah 1,864 ekor ternakan babi daripada ladang yang disahkan positif ASF di kawasan Paya Mengkuang telah berjaya dimusnahkan.

Penternak dan orang awam diminta segera melaporkan sebarang kematian melibatkan babi hutan, babi kampung atau babi komersial kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri berdekatan atau menerusi hotline tertera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini