Negara yang sudah mencapai sasaran 40 peratus vaksin digesa bersedia bertukar-tukar jadual penghantaran vaksin dengan kemudahan perkongsian vaksin.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, ini berikutan 82 negara berisiko gagal mencapai sasaran vaksinasi global menjelang hujung tahun ini. Katanya, negara berpendapatan rendah, kebanyakannya di Afrika hanya menerima 0.4 peratus vaksin dengan lebih 80 peratus lagi vaksin diedarkan kepada negara G20.

Beliau menjelaskan, memang kesaksamaan perolehan vaksin bukan kebajikan namun ia adalah untuk kebaikan semua negara.      

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini