Aiskrim, antara pemanis mulut yang mendapat sambutan ramai tanpa mengira usia kerana rasa dan warna selain menyejukkan tekak.

Melihat potensi perniagaan aiskrim mendapat permintaan tinggi khasnya dalam industri katering, Fatimah Shafiee, 30 tahun sanggup membelanjakan wangnya untuk mendalami asas dan ilmu membuat manisan berkenaan.
 
Beliau bermula dengan perniagaan aiskrim secara kecil-kecilan di rumahnya di Batu 19, Chinchin pada Oktober 2018.

Selepas dua tahun, usahawan ini berjaya membuka kafe sendiri iaitu ‘Cedoq aiskrim’ berbekalkan modal RM10,000.

Berdepan cabaran perniagaan ditambah krisis COVID-19, pelbagai usaha dilakukan wanita ini demi memastikan kelangsungan perusahaannya.

Impian Fatimah, perniagaannya dapat dikembangkan dengan membuka kiosk atau gerai sekali gus memberi peluang kepada orang lain menjana pendapatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini