Rakyat Melaka diminta untuk memberi kerjasama menjaga kebersihan dan membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Exco Melaka, Low Chee Leong berkata kes denggi di Melaka masih menunjukkan peningkatan. Sehingga 8 Jun lalu, sejumlah 904 kes demam denggi dengan 5 kematian direkodkan di negeri itu. Lebih membimbangkan, dalam tempoh 1 hingga 8 Jun sahaja, sebanyak 55 kes dilaporkan. Antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah Taman Merlimau Baru, Jalan Masjid, Taman Bemban jaya dan Rumah Awam Pondok Kempas di Jasin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini