Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas dihempap sebatang pokok di Kampung Pasir Kuala Dipang, Kampar.
 
Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia lingkungan 36 tahun mengalami kecederaan di bahagian pinggang selepas tersepit selama 45 minit. 

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja-kerja memotong pokok di kebun miliknya.
 
Pihak bomba mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk memotong pokok dan mengalihkan mangsa ke tempat selamat.
 
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kampar untuk rawatan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini