Jumlah pesakit Diabetes di Terengganu meningkat 16.5 peratus tahun ini.

Golongan wanita mencatatkan bilangan kes lebih tinggi iaitu 4,300 kes berbanding lelaki hampir 3,000 kes.

Pensyarah Perubatan UNISZA, Dr Hassan Basri Mukhali berkata, amalan gaya hidup antara punca utama penyakit berkenaan.

Secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada pelbagai penyakit lain termasuk komplikasi buah pinggang dan jantung.

Namun, jika amalan gaya hidup sihat dapat diamalkan pesakit Diabetes berpeluang kembali pulih.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini