Buruh binaan warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan membunuh wanita warga Indonesia, awal bulan ini.

Tertuduh, Kamarulzaman, 37 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret R. Manomani.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes di bawah kuasa Mahkamah Tinggi.

Mangsa Sumita didakwa dibunuh di sebuah kediaman di Sri Nipah, Sungai Dua pada malam 6 Disember lalu.
 
Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Februari.
 
Dalam prosiding berasingan, Kamarulzaman dijatuhkan hukuman penjara lima bulan selepas mengaku salah atas pertuduhan tinggal lebih masa di negara ini tanpa sebab munasabah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini