Bagi membantu siasatan atas dakwaan melanggar SOP ketika mengadakan majlis resepsi persandingan, pasangan artis terkenal iaitu Uqasha Senrose dan Kamal adli akan dipanggil polis.

Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiam Mohd Kahar berkata mereka akan dipanggil sebaik pulang daripada mengerjakan umrah.

Pihaknya juga akan memanggil kesemua tetamu dan pemilik villa di Genting Highlands yang menjadi lokasi majlis tersebut untuk siasatan.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 5 November lalu.

Mereka meraikan kisah cinta mereka dalam sebuah majlis persandingan di Puncak Dani, Genting Highlands pada 15 Disember lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini