Seorang pesara swasta didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan peralatan komunikasi yang tidak diperakui, tujuh tahun lalu. 

Hakim Mohd Kafli Che Ali memutuskan penjara enam bulan terhadap Yap Aik Seng, 58, sekiranya gagal membayar denda yang diarahkan.  

Aik Seng mengaku bersalah menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu satu unit radio marin jenama Superstar model SS-39. 

Kesalahan dilakukan Aik Seng di jarak 14 batu nautika dari Kuala Rompin pada pukul 10.45 pagi, 3 Julai 2015. 

Dia didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dibaca bersama Peraturan 16(3) yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan sama. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini